Make your own free website on Tripod.com

Profil

 

Tapak Perhimpunan

Dataran Warisan 1931

Logo Sekolah

Sejarah Sekolah

Lokasi

Prasana Sekolah

Falsafah Pendidikan

Visi Sekolah

Misi Sekolah

Piagam Pelanggan

Dasar Kualitif

Lagu Sekolah

Logo Sekolah

Di bahagian tengah logo ini adalah bentuk-bentuk representasi yang mengambarkan kursus-kursus yang terdapat di sekolah ini seperti pengajian kejuruteraan awam, elektronik, automotif, kejuruteraan elektrik, mesin,dan fabrikasi logam. Warna kuning di dalam logo ini melambangkan kedaulatan dan akhlak mulia. Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan ummah. Merah melambangkan kegigihan, keberanian dan ketekunan. Sementara warna putih pula melambangkan keikhlasan,ketulusan hati, kebersihan jiwa, bersikap jujur dan amanah. Moto USAHA SEHINGGA SEMPURNA pula bermaksud setiap kejayaan mesti disemai dengan usaha. Usaha sehingga sempurna adalah menjadi matlamat semua warga SMTBL.

 

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang mula ditubuhkan pada tahun 1931 dengan nama Government Trade School yang berasaskan mata pelajaran ketukangan dan pertanian. Pada tahun 1942 sekolah ini ditutup sementara akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dan dibuka semula pada tahun 1946 dengan nama Junior (Technical) Trade SchoolPada tahun 1968, Sekolah Menengah Ketukangan bertukar nama kepada Sekolah Menengah Vokasional Pulau Pinang. Penaikan taraf kepada sekolah menengah vokasional bertujuan menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM).Pada tahun 1988, peperiksaan SPVM digantikan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) atau SPM (V) yang setaraf dengan peperiksaan SPM.

Antara bangunan asal SMTBL yang dibina pada tahun 1931

Selaras dengan dasar pendidikan di negara kita untuk melahirkan ramai pelajar dalam bidang teknologi, maka pada tahun 1997 Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Razak telah mengambil langkah menaikkan taraf sekolah-sekolah vokasional termasuklah Sekolah Menengah Vokasional Pulau Pinang menjadi sekolah menengah teknik. Seterusnya sekolah ini ditukarkan nama menjadi Sekolah Menengah Teknik Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang. Bermula pada tahun 1997 juga sekolah ini turut menyediakan dua aliran, iaitu aliran vokasional dan aliran teknik. Tahun 1998 merupakan tahun pertama pelajar Aliran Teknik menduduki peperiksaan SPM.
Bermula tahun 2000 pula, selaras dengan perlaksanaan sijil terbuka dalam peperiksaan SPM, maka peperiksaan SPMV turut dimansuhkan. Oleh itu pelajar-pelajar aliran vokasional hanya mengambil peperiksaan yang setara iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.(SPM)


Lokasi

Sekolah Menengah Teknik Lorong Batu Lancang terletak di Lorong Batu Lancang iaitu kira-kira 5KM dari bandar Georgetown. Ia terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Pulau Pinang.

 

 

Prasana Sekolah

  • Bilik Darjah
  • Makmal Sains
  • Makmal Komputer
  • Pusat Sumber
  • Bilik Lukisan Kejuruteraan
  • Bilik APD
  • Bilik Kaunseling
  • Bengkel
  • Asrama

Bilik Lukisan Kejuruteraan

Makmal Komputer

  • Gimnasium
  • Gelanggang dan Padang Permainan
  • Kantin
  • Bas Sekolah
  • Surau
  • Dewan
  • Koperasi

Asrama Pelajar

Bas Sekolah

 

 

Falsafah Pendidikan

Penidikkan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 
Visi Sekolah
 
Misi Sekolah
 
Piagam Pelanggan
 
Dasar Kualitif
 

Lagu Sekolah

SMTPP
Engkau yang tercinta
Menjadi Kebangaan kita
Tegak mengjunjung amanah negara
Mendidik Anak Bangsa
Ilmu dan kemahiran dicari
Bekalan hidup berdikari
Giat berusaha mencapai destinasi
Harapannya ibu pertiwi
Kita di sini sambut cabaran kini
Hasrat negara berteknologi
Demi kejayaan dan amalan murni
Pimpin dan bimbinglah kami
Bergerak menuju cita-cita
Penuntut SMT berjaya
Dengan tekad dan semangat di dada
Usaha sehingga sempurna

 

Sekiranya ada cadangan sila hububgi Webmaster

Web Master

Jawatankuasa Multimedia & Dokumantasi SMTBL