Make your own free website on Tripod.com

HARI ANUGRERAH CEMERLANG AKAN DIADAKAN PADA 18 OGOS 2006

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH MENCAPAI PRESTASI CEMERLANG DALAM AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM

klik di sini untuk melihat penerima anugerah 2006

Pengenalan

Selamat Datang ke Laman Web Sekolah Menengah Teknik Batu Lancang Pulau Pinang.

Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang terletak di Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang iaitu kira-kira 5 KM dari Bandar Georgetown.Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang mula ditubuhkan pada tahun 1931 dengan nama Government Trade School yang berasaskan mata pelajaran ketukangan dan pertanian.


Selaras dengan dasar pendidikan di negara kita untuk melahirkan ramai pelajar dalam bidang teknologi, maka pada tahun 1997 Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Razak telah mengambil langkah menaikkan taraf sekolah-sekolah vokasional termasuklah Sekolah Menengah Vokasional Pulau Pinang menjadi sekolah menengah teknik. Seterusnya sekolah ini ditukarkan nama menjadi Sekolah Menengah Teknik Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang

 

Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Kemasukan pelajar ke sekolah ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah semasa di tingkatan 3. Keutamaan adalah diberikan kepada pencapaian dalam matapelajaran matematik, sains dan kemahiran hidup.

 


Sila Berikan Pandangan anda tentang Laman Web ini di dalam Buku Pelawat . Terima Kasih

 Free Guestbook
Buku Pelawat

Kemaskini: 12 Ogos 2006

Sekiranya ada cadangan sila hububgi Webmaster

Web Master

Jawatankuasa Multimedia & Dokumantasi SMTBL