Make your own free website on Tripod.com

Aktiviti


BERITA-BERITA SEMASA


Perkemahan unit beruniform sekolah-sekolah Menengah Teknik Pulau Pinang.

Perkemahan tersebut telah berjaya diadakan di Pantai Merdeka pada 4-6 Ogos 2006 yang lalu. Seramai 34 orang pelajar telah terpilihmewakili empat unit beruniform Sekolah Menengah Teknik Batu menyertai perkhemahan tersebut.

 

Program Motivasi Pemantapan Rohani Pelajar Tingkatan 4 pada 2 Ogos 2006

Tahniah kepada 220 orang pelajar tingkatan 4 yang telah berjaya mengikuti program tesebut dari jam 8.00 pagi hingga 5.20 petang.

 

Hari Terbuka Sekolah 30 Julai 2006

Hari Terbuka sekolah anjuran PIBG telah diadakan dengan jayanya. Sambutan dari pelajar-pelajar, ibubapa dan pelajar-pelajar sekolah sekitar amat menggalakkan. Hari Terbuka sekolah dengan tema Berbelanja Sambil Menderma membuka gerai-gerai jualan makanan yang diusahakan oleh pelajar-pelajar sekolah melalui persatuan dan kelab yang mereka anggotai. Turut membuka gerai jualan ialah pengedar buku Tan Mark. Antara gerai yang mendapat sambutan ialah gerai barangan terpakai yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf. Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah pameran bengkel, pameran dari beberapa IPTS seperti KDU, Kolej INTI dan Kolej Komuniti Bayan Baru. Pihak lain yang turut membuka kaunter pameran ialah daripada Bank Rakyat. Selain dari itu pihak Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang juga turut membuat pameran dan mengadakan demontrasi memadamkan kebakaran. Selain dari itu antara antiviti yang menarik pada hari tersebut ialah peraduan mewarna kanak-kanak tadika. Peraduan tersebut disertai oleh 50 orang kanak-kanak termasuk 18 orang daripada Tadika Kemas Bukit Bendera.

Program hari terbuka tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Datin Hajjah Haslinda bt. Mohd Hashim iaitu isteri kepada yang berbahagia Dato' Ali bin Othman, Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Kedatangan beliau telah disambut dengan paluan kompang serta diiringi dengan perarakan bunga mangga dan dipersembahkan dengan persembahan silat pulut. Beliau juga turut membuat pemeriksaan barisan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kawad kaki. Turut menerima hadiah ialah pelajar terbaik ko-kurikulum yang telah mendapat pingat emas dalam acara gimastik peringkat negeri Pulau Pinang. Yang berbahagia Datin Hajjah Haslinda juga turut dibawa melawat bengkel-bengkel vokasional, gerai-gerai pameran dan mendengar taklimat pengetua mengenai sekolah. Beliau juga turut sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan menwarna kanak-kanak tadika.

 

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform

Pertandingan kawad kaki Unit Beruniform telah diadakan pada 27 Julai 2006. Empat pasukan unit beruniform iaitu Pasukan Bomba dan Penyelamat, Kedet Remaja Sekolah, Pengakap Bersatuan dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengambil bahagian dan pertandingan tersebut. Pasukan Bomba dan Penyelamat dibawah pimpinan Tn. Syed Fadhilah telah muncul sebagai juara pertandingan tersebut. Sementara tempat kedua dimenangi oleh pasukan Kedet Remaja Sekolah. Ketua komandan terbaik juga telah dimenangi oleh ketua komandan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat.

 

Hari Akademik

Hari Akademik telah diadakan pada 14 Julai 2006. Pada hari tersebut ibu bapa berpeluang berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing bagi mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Mereka juga berpeluang berjumpa dengan guru disiplin bagi mendapatkan laporan disiplin anak-anak mereka. Selain dari itu ibu bapa juga berpeluang berjumpa dengan guru-guru daripada unit kaunseling.

 

Lawatan ke Terengganu

Seramai 55 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai lawatan sambil belajar ke Negeri Terengganu Darul Iman pada 7 - 9 Julai 200 6 Julai 2006. Antara tempat menarik yang telah mereka lawati ialah Empanagan Kenyir, Muzium Losong dan Masjid Tengku Zaharah (masjid terapung).

 

 

 

Hari Merentas Desa 2006

Hari merentas desa sekolah : 24 Jun 2006

Minggu Bahasa Melayu 21 Jun 2006

Sebanyak 4 pasukan telah berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan drama KOMSAS sempena Minggu Bahasa Melayu. Kelas 5 KM 1 telah muncul sebagai juara . Tahniah kepada pengarah dan para pelakun!

 

Selamat Kembali 10 Jun 2006

Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar bagi penggal kedua setelah penat bercuti selama dua minggu

Mesyuarat Guru

Mesyuarat guru kali ke 5 telah diadakan pada 13 Jun 2006 pada jan 1.40 hingga 3.40 petang.

 

Lawatan ke Pulau Perhentian

Tahniah kepada Kelab Pengguna dan Persatuan Agama Islam yang telah berjaya mengadakan lawatan ke Pulau Perhentian, Terengganu dan ke Negeri Kelantan pada cuti sekolah yang lalu.

Selamat Pengatin Baru

Tahniah kepada guru-guru yang telah melansungkan perkahwinan pada cuti sekolah yang lalu.

 

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidurasul peringkat sekolah 1427 H telah diadakan di surau sekolah

Mendaki Bukit Bendera

Pelajar-pelajar SMTBL bergambar di hadapan pintu utama Bukit Bendera

Sukan Tahunan Sekolah

Kejohanan Olahraga tahunan 2006

Majlis Korban

Guru-guru SMTBL sedang melapah daging kurban

Kem Kepimpinan Pengawas

Para pengawas SMTBL sedang mendengar taklimat daripada fasilitator


Sekiranya ada cadangan sila hububgi Webmaster

Web Master

Jawatankuasa Multimedia & Dokumantasi SMTBL